Logo
WALAUPUN YANG BARU AMAT BERGUNA, YANG LAMA TETAP TIDAK DILUPA

PATIL telah lama digunakan oleh peniaga-peniaga di daerah Manjung iaitu semenjak di bawah pentadbiran Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) lagi (seperti dalam gambar). PATIL yang dahulunya adalah sekeping papan logam yang digantung sebagai paparan lesen premis perniagaan kini telah dinaik taraf penggunaannya kepada lebih banyak fungsi yang memudahkan urusan pelesenan perniagaan di daerah Manjung dan semua urusan ini boleh diselesaikan di telefon bimbit atau komputer anda, di mana sahaja anda berada.

Anda tidak perlu hadir secara fizikal di kaunter MPM kerana segala keperluan untuk memperbaharui lesen perniagaan dan urusan-urusan lain berada hanya di hujung jari anda. Mudah dan selamat. Itu jaminan kami di Majlis Perbandaran Manjung.

Nak tahu apa lagi manfaat dan kelebihan myPATIL? Tunggu episod seterusnya.

Sumber: Facebook - Majlis Perbandaran Manjung