Logo
Town Hall Lesen Premis Digital 9myPATIL) Majlis Perbandaran Teluk Intan

Sesi town hall Lesen Premis Digital (myPATIL) di Majlis Perbandaran Teluk Intan bersama pelesen-pelesen yang dihadiri oleh Yang Dipertua, Tuan Zairul Akmal Bin Kasim.

 

Dalam ucapan beliau, Yang Dipertua menzahirkan penghargaan kepada peniaga-peniaga kerana menyokong inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan sistem lesen premis digital untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dilakukan secara sah.

 

Sesi ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Unit dan Wakil-Wakil Persatuan dan Peniaga Tempatan yang menyambut baik pelaksanaan sistem lesen premis digital (myPATIL) di Teluk Intan.