Logo
TAK KENAL MAKA TAK CINTA

myPATIL, sebuah teknologi lesen digital telah diperkenalkan kepada penduduk daerah Manjung terutamanya pemilik-pemilik lesen perniagaan di daerah ini sejak bulan Oktober yang lalu.

Apakah faedah yang kita perolehi dari teknologi pintar ini? Konsep yang sama apabila kita menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan seharian, begitu jugalah manfaat yang kita perolehi dari myPATIL.

Urusan pembaharuan lesen dan lain-lain urusan perniagaan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat apabila pemilik lesen perniagaan hanya perlu melaksanakan urusan-urusan tersebut melalui telefon bimbit atau komputer sahaja tanpa perlu hadir ke Kaunter Majlis Perbandaran Manjung.

Malah penguatkuasa Majlis Perbandaran Manjung juga boleh menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara digital dan seterusnya dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Kini, myPATIL masih giat melaksanakan proses pemasangan ke semua premis perniagaan di daerah Manjung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemilik lesen yang telah membantu memudahkan urusan pemasangan in

Sumber: Facebook - Majlis Perbandaran Manjung