Logo
Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam (SIPA) 2023

7 NOVEMBER 2023 | Pasukan myPATIL telah hadir di Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam (SIPA) 2023 sebagai salah satu organisasi pempamer bersama Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Manjung di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara. 


Terima kasih buat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di atas penganjuran program ini sebagai salah satu medan perkongsian produk-produk dayacipta dan inovasi tempatan terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam. 


Pasukan myPATIL hadir untuk berkongsi pengalaman dalam membantu Pihak Berkuasa Tempatan mengekang isu ketirisan dan integriti disamping membina sektor industri setempat yang lebih mampan melalui capaian maklumat dan data yang lebih efisyen.