Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991 dan tika itu saya berusia 8 tahun. Pada tahun yang sama juga JARING dilancarkan bertujuan membangunkan rangkaian komunikasi dalam negara.
SEWAKTU tingkatan 5, sekitar 1999, saya mula mengenal MiRC chatting dan internet dimana Yahoo dan MSN sebagai mesin carian utama waktu itu. Pada tahun itu juga hampir semua negara mula mendominasi dunia internet dan menjadikan WWW sebagai medium informasi dan pengiklanan perniagaan.
Peralihan mesin taip kepada komputer serta elemen pengkomputeran di dalam telefon, membesarkan lagi kemudahsampaian semua info disamping menjadi sebagai 'tools' pengoperasian seharian manusia masa kini.
PERTEMBUNGAN 3 PENJURU melibatkan telefon pintar, rangkaian internet dan aplikasi sistem, maka tercetusnya pendigitalan pengurusan pelesenan. Senada dengan industri 4.0, LANTAS Majlis Perbandaran Manjung memperkasa pengurusan pelesenan melalui pelaksanaan LESEN DIGITAL MY PATIL MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, bersifat sebuah peranti yang menggantikan kertas dan papan lesen sedia ada bagi aspek info pelesenan kawasan perbandaran. Dengan pendigitalan ini, segala urusan hanya dihujung jari.
LESEN DIGITAL ini mampu menjadi sebagai medium penyebaran maklumat terpantas di kawasan perbandaran Manjung disamping meneruskan aspirasi dunia tanpa tunai yang kini menjadi medium utama segala bentuk pembayaran.
Justeru, saya berharap agar semua pelesen dan masyarakat perbandaran Manjung memegang aspirasi yang sama kearah sebuah bandaraya hijau, digital dan berimpak tinggi.
Begitulah flashback saya.
Sumber: Facebook - Mohamad Sharil Salihan