Logo
Mesyuarat Kick Off Pelaksanaan Lesen Premis Digital myPATIL Majlis Daerah Selama

Mesyuarat Kick Off dan Bengkel 1 Bagi Pelaksanaan Lesen Premis Digital myPATIL Majlis Daerah Selama yang dihadiri oleh Yang Dipertua MDS, Tuan Nor Akmal Bin Yang Ghazali pada hari ini. 


Dalam ucapan beliau, objektif pelaksanaan sistem lesen premis digital myPATIL ini adalah untuk membantu PBT dengan menggantikan lesen perniagaan bercetak kepada lesen digital bagi membendung pemalsuan lesen, duplikasi lesen, & meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan PBT.


Semoga dengan adanya lesen premis digital myPATIL, banyak faedah dan impak positif kepada peniaga-peniaga khususnya pada masa yang akan datang.