Logo
Lesen Premis Digital myPATIL Majlis Daerah Kampar

26 Oktober 2023- Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (SST) antara Majlis Daerah Kampar dan Gates IT Solution Sdn Bhd bagi Pelaksanaan Sistem Lesen Premis Digital myPATIL yang dipengerusikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Kampar. 


Majlis Daerah Kampar melakar sejarah sebagai  PBT ke-12 yang menggunakan teknologi lesen premis digital di negeri Perak. 


Teknologi lesen premis digital ini telah membawa  pendigitalan dalam urusan pelesenan kepada pihak pelesen. Ia juga digunakan oleh Jabatan Penguatkuasaan yang membolehkan mereka membuat aktiviti rondaan dan penguatkuasaan secara digital sepenuhnya.


Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada pelesen di Majlis Daerah Kampar.