Logo
Lawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke Booth Pameran myPATIL

Hari kedua yang menjadi puncak kemeriahan Smart Melaka International Expo 2023 (SMIX2023) dengan kehadiran Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam iaitu Yang di-Pertua Negeri Melaka. Beliau merupakan seorang yang sangat menyokong inisiatif kerajaan yang menggalakkkan pengunaan IoT dalam semua sektor.

 

Masih segar dalam ingatan ucapan beliau semasa merasmikan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di Kompleks Seri Negeri yang lalu, beliau menggesa kerajaan negeri agar segera melaksanakan aspek pendigitalan dalam usaha mengubah negeri berkenaan ke arah bandar raya pintar berteknologi.

 

Kami amatlah berbesar hati menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke booth pameran kami pada hari ini.