Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima kunjungan rakan PBT utara iaitu Majlis Perbandaran Kangar (MPK) pada Khamis, 15 September 2022.
Lawatan diketuai oleh Encik Raziff Yaacob, Setiausaha MPK disertai 24 pegawai serta kakitangan MPK. Objektif utama lawatan untuk mendapatkan informasi lanjut berkaitan Lesen Premis Digital myPATIL dan Aplikasi myManjung Kaunter Digital yang sekarang telahpun mencapai jumlah 11,000 lesen!
Delegasi Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berkesempatan melihat dengan lebih dekat kaedah pemantauan Lesen Premis Digital myPATIL di Pusat Perniagaan Manjung Point 3, Seri Manjung. Menurut Encik Raziff Yaacob pemantauan premis melalui Aplikasi myPATIL Ronda dapat menjimatkan masa, kewangan dan tenaga kerja.
Semoga pertemuan ini dapat memberi manfaat dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan digital kepada kedua-dua PBT. Diharapkan lawatan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara kesemua pihak yang terlibat.
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi En Norhan 0193063655 untuk mendapatkan maklumat lanjut ya