Logo
KELUARGA MALAYSIA PERLU BERUBAH KE ARAH DIGITAL

Saya pernah membaca sebuah buku yang saya lupa tajuknya tapi ada menyatakan tentang kenyataan Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kedua dimana berbunyi lebih kurang begini :-

" Rakyat tidak boleh diminta atau diharap untuk faham kehendak negara atau kerajaan kecuali mereka diberitahu dengan baik melalui komunikasi yang sempurna dan berkesan..."

Suka atau tidak, KELUARGA MALAYSIA perlu berubah ke arah digital kerana kita telah berada dalam situasi ENDAMIK Covid-19 dimana ia merubah cara hidup seharian kita.

Dahulunya, mak akan suruh ke kedai dengan diberi duit secukupnya untuk membeli barang. TAPI kini, untuk ke
kedai adalah menjadi terhad dan perlu melalui SOP. BUKAN itu saja, bahkan pelbagai urusan urusan lain juga perlu melalui norma baharu yang sama.

Walaupun demikian, kepesatan dan perkembangan industri digital, dilihat memberi impak baik kepada masyarakat dunia dimana pelbagai kemudahan telah tercipta seperti jualan dan perkhidmatan atas talian. KINI, kedai telah datang kepada kita dengan tawaran pelbagai iklan barang jualan serta dimudahkan kaedah bayaran atas talian atau tanpa tunai.

Itulah DIGITAL.

Kita kini berada dialaf digital, JUSTERU, inilah hasrat Majlis Perbandaran Manjung dalam memanfaatkan teknologi yang ada dan seiring dengan kepesatan dunia digital.

Begitulah flashback saya..

Sumber: Facebook - Mohamad Sharil Salihan