BENGKEL & Majlis Menandatangani Dokumen Serahan Business Process Re-engineering (BPR) Kulai Fast Lane e-License bersama Majlis Pelancaran Kulai.
Majlis Perbandaran Kulai melakar sejarah sebagai PBT Pertama yang menggunakan teknologi lesen premis digital di negeri Johor!
Teknologi lesen premis digital ini telah membawa pendigitalan dalam urusan pelesenan kepada untuk pihak pelesen dan aktiviti penguatkuasa oleh Jabatan Penguatkuasaan dapat membuat aktiviti rondaan dan penguatkuasaan secara digital sepenuhnya. Oleh itu, satu bengkel yang dinamakan Bussiness Process Re-Engineering (BPR) ini telah dianjurkan bagi memberi pencerahan dan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat. Bengkel ini disertai 40 kakitangan, disertai juga oleh Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasa, Unit Undang-Undang dan Unit PRO Majlis Perbandaran Kulai.
Di akhir majlis tersebut satu majlis menandatangani kolaborasi Kulai Fast Lane e-Lisence dan penyerahan dokumen BPR diantara Yang Dipertua MPKu dan Pengarah Projek Gates It Solution Sdn Bhd, En. Muhammad Farkhan Haron turut disaksikan oleh Tn Haji Syahrizat Alwee, Setiausaha MPKu, Tn. Fadil B. Misnan Ketua WHIP MPKu, En Kamal Ulum Morsin, Ahli Majlis dan para peserta Bengkel Kulai Fast Lane(KFL) e-License Majlis Perbandaran Kulai.
Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada 10,500 pelesen di Kulai khususnya dan seluruh penduduk Johor secara amnya.