Logo
APAKAH PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN YANG TELAH MEMASANG PERANTI PINTAR myPATIL?

Memudahkan dan lebih selamat. Itulah yang boleh kami di Majlis Perbandaran Manjung simpulkan tentang peranti pintar myPATIL. Lesen Premis Perniagaan yang dahulunya dalam bentuk kertas dan dipamerkan di dinding premis perniagaan kini berada dalam bentuk peranti pintar.

Pemilik premis perniagaan boleh menyemak maklumat lesen perniagaan dan status kompaun secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter Majlis Perbandaran Manjung.

Selain itu, dengan adanya myPATIL ini, pembayaran tanpa tunai dan sistem perniagaan secara digital juga dapat direalisasikan.

Sumber: Facebook - Majlis Perbandaran Manjung