Logo
9th Annual Conference & Exhibition Smart Cities Asia 2023

Hari terakhir 9th Annual Conference & Exhibition Smart Cities Asia 2023 yang berlangsung di Connexion@Nexus, Bangsar South. 


Menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Komunikasi Digital, YBrs. Encik MA.Sivanesan Marimuthu dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman ke booth pameran myPATIL pada hari ini. 


Berkesempatan menceritakan kaedah pelaksanaan myPATIL yang merupakan lesen premis digital pertama di Malaysia yang berasaskan teknologi pintar Internet of Things (IoT) bagi menggantikan kaedah lesen konvensional dalam bentuk kertas dan papan lesen sedia ada di semua premis perniagaan berlesen. myPATIL merupakan inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menangani aktiviti-aktiviti perniagaan yang tak berlesen dan ia juga memberi impak positif di kalangan peniaga seperti memudahkan urusan memperbaharui lesen dan urusan perniagaan dengan hanya menggunakan aplikasi myPATIL di telefon pintar.