25–26 Oktober 2025 menjadi detik bersejarah buat myPATIL apabila kami bersama Dewan Teraju Usahawan Bumiputera Johor (DTUBNJ) tampil sebagai sebahagian daripada tenaga penggerak utama di Johor Business Summit & Expo 2025 (JBS) — acara keusahawanan terbesar anjuran Perbadanan Usahawan Johor (PUJB).
Acara berprestij yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, turut disaksikan oleh:
- Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor
- YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor
Dalam sesi pembentangan, En Husni bin Ruslai, CEO Gates Technology, berkongsi bagaimana myPATIL AI mampu menjadi game changer dalam ekosistem kerajaan negeri — memacu kecekapan hasil, memperkukuh pematuhan lesen, dan menyokong transformasi Johor ke arah Smart State yang moden dan berdaya saing.
Melalui integrasi IoT + AI, myPATIL bukan sekadar sistem pelesenan — ia adalah enjin digital pintar yang membantu kerajaan negeri dan PBT mengurus data, operasi serta hasil negeri secara masa nyata dan berimpak tinggi.
Kehadiran myPATIL di JBS 2025 membuktikan komitmen kami untuk menjadikan Johor sebagai negeri contoh dalam pendigitalan urus tadbir dan pembangunan ekonomi tempatan.
myPATIL — Penyelesaian Digital, Bandar Lebih Pintar.