Transformasi bandar pintar bukan sekadar mengenai penggunaan teknologi baharu, tetapi bagaimana teknologi dapat membantu kerajaan membuat keputusan yang lebih tepat, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memudahkan urusan komuniti perniagaan.
Dalam Podcast Johor Smart City Forum (JSCF) 2026 | Siri 2 bertajuk “Urban Innovation Hub: Teknologi Menyelesaikan Masalah Bandar”, Encik Husni Ruslai, Founder & CEO GATES Technology Sdn. Bhd., berkongsi bagaimana myPATIL membantu Pihak Berkuasa Tempatan memperkukuh pengurusan pelesenan perniagaan melalui data lapangan, pemantauan digital dan penggunaan teknologi IoT.
Salah satu fokus utama yang diketengahkan ialah kepentingan data perniagaan yang tepat dan selari dengan keadaan sebenar di lapangan. Melalui proses pemetaan dan pengesahan premis, PBT dapat mengenal pasti status lesen, aktiviti perniagaan sebenar serta premis yang memerlukan tindakan atau pemantauan lanjut. Data ini seterusnya dapat menyokong perancangan dan pembuatan keputusan yang lebih tepat.
myPATIL turut membantu menjadikan proses pemantauan dan penguatkuasaan lebih tersusun. Maklumat berkaitan notis, kompaun dan status lesen dapat dikendalikan melalui satu platform, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada proses manual dan membolehkan tindakan dilaksanakan dengan lebih bersasar.
Bagi komuniti perniagaan pula, pendekatan digital ini memberi penekanan kepada ease of doing business dan pengalaman yang lebih mudah. Encik Husni turut menekankan kepentingan change management, termasuk penganjuran townhall bersama komuniti perniagaan sebelum pelaksanaan bagi memastikan pengguna memahami perubahan, manfaat serta cara menggunakan platform dengan lebih baik.
Podcast ini turut menampilkan:
🔹 Encik Muhammad Zaki Tamimi bin Mohamad
Head of Business Development, JLG Zaquin Sdn. Bhd.
🔹 Encik Zairolhamisam bin Mohamed Rani
Ketua Pegawai Operasi, Southmax Sdn. Bhd.
Ketiga-tiga panel berkongsi perspektif mengenai bagaimana teknologi, data, IoT dan AI boleh diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar dalam pelesenan perniagaan, pengurusan sisa dan mobiliti bandar.
▶️ Saksikan perkongsian penuh di YouTube Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB):